Saturday, November 28, 2009

silamat hali laye AIDIL ADHA!!!!!!

27.11.2009 seluruh umat islam di serata dunia telah menyambut Hari Raya Aidiladha bersempena untuk memperingati peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail diatas perintah Allah SWT.namun dengan kekuasaan Allah,Dia telah menukar Nabi Ismail dengan seekor kibas.ok lah tu serba sedikit sejarah tentang menyambutnya Hari Raya Aidiladha.

tahun ny HUNKZ and my family sambut hari raya ni dekat rumah datuk sebelah my mama bcoz my uncle yang berniat akikah.pagi pagi lagi kita bertolak dari rumah and went to my grandfather's house.after sembahyang HUNKZ terus tukar baju and had my breakfast very quickly sebab nyer tak sabar nak bersama sama ngan penduduk housing area tu untuk saksikan sembelihan as well as bantu diorang lapah lembu tu.maklumlah biasanyer HUNKZ tak pernah join diorang time nak lapah lembu ny maklumlah tak biasa and malas,tapi tahun ny HUNKZ teringin nak buat to get another new experience.

tunggu punya tunggu akhirnya tukang sembelih sampai.adoi bergetaq kaki eden tunggu lama nak mampos menunggu.tapi takpe sebab yang penting semuanyer berjalan lancar walaupun ada kelewatan sedikit.saat yang dramatik tu time nak rebahkan lembu punyerlah susah yang ngeri lagi lembu yang nak dikobarkan tu sampai terlepas,tapi nasib baik dapat tangkap semula kalau tak kira batal la yang tahun ny punyer.

saat paling ucu waktu nak sembelih tu adalah when guy yang pakai baju merah kat gambar atas ny terpaksa balik rumah lepas sembelih sebabnya habis satu badan dia dibasahi darah yang terpancut dari tengkok lembu yang dia tengah pegang tu.


sembelihan selesai and lembu tu telah selamat menghembuskan nafasnya yang terakhir.....


melapah time,time yang HUNKZ tertunggu tunggu



my hand was covered by blood,walaupun nampak disguise tapi yang paling penting pengalaman tu HUNKZ dah dapat....tak sabarnya nak tunggu tahun depan!!!!!!!

..................



..........awas gambar 18sx..........



.........................................





my beloved "pa" sedang melakukan tugas tak rasminya sebagai doktor haiwan.my dad merupakan orang yang paling handal sekali dalam bab nak menyiang lembu ny kira dia la yang paling expert compared to others old man in my family.......shekshi tak!!!!

...lagi....


......lagi.......




kat bawah ny pic yang paling dasyat.jarang orang buat benda ny dad sorang je.......masa ny we tengah prepare nak lihat pengambilan bahagian yang paling sedap dalam seekor lembu.....................................pengambilan OTAK!!!!!!!






otak lembu sudah bertukar tempat.dari dalam tempurung kepala kedalam mangkuk

dari pagi sampai petang kami tak stop stop menyiang lembu.HUNKZ merupakan orang yang paling awal berehat,after siap buat 'kerja' bersama jiran terus balik mandi and tidur......haaaaaaa nikmat giler.malam pula cuba teka kami buat apa??????

...........jawapannya...........


berkumpul ramai ramai depan tv tengok episod akhir Nur Kasih.............cuba tengok muka sorang sorang,khusyuk giler............dari setua orang tua kepada semuda orang muda

Tuesday, November 24, 2009

Pemerintah Paling Lama Didunia

HM Raja Bhumibol Adulyadej

Raja Thailand,Bhumibol Adulyadej merupakan pemerintah atau ketua negara sebuah negara monarki yang paling lama memerintah di dunia iaitu selama 63 tahun.Baginda menaiki takhta negara Thailand pada 9.6.1946 setelah kemangkatan kekandanya,Raja Ananda Adulyadej.Namun begitu baginda masih belum ditabalkan dan menjalankan tugasnya sebagai Raja Thailand kerana masih menuntut di Switzerland.Tugas baginda telah dipangku oleh ayahanda saudaranya iaitu Putera Rangsit.

Kemangkatan kekandanya setelah ditemui mati didalam biliknya di Grand Palace,Bangkok merupakan satu misteri yang masih belum terungkap ke hari ini.Spekulasi ada mengatakan bahawa kemangkatannya disebabkan oleh satu komplot pembunuhan yang dibuat oleh adindanya,Raja Bhumibol Adulyadej.

Raja Bhumibol dilahirkan pada 5.12.1927 di Mount Aubum Hospital,Massachusetts.Baginda merupakan putera kedua kepada Raja Mahidol Adulyadej dan Permaisuri Sangwal.Baginda mempunyai seorang abang,Raja Ananda Adulyadej dan seorang kakak,Puteri Galyani Vanadha.Kedua dua orang kekandanya telah mangkat.


HM Ratu Sirikit

Pada 19.7.1949 satu pertunangan ringkas antara baginda dengan sepupunya,Rajawongse Sirikit Kitiyakara telah diadakan di Lausanne.Seminggu sebelum berlangsungnya upacara pertabalan baginda sebagai Raja Thailand iaitu pada 28.4.1950 majlis perkahwinan baginda telah diadakan.Selepas pertabalan baginda isterinya telah memakai gelaran,Ratu Sirikit

Hasil perkahwinan tersebut baginda berdua telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu seorang putera dan tiga orang puteri.Anakanda mereka yang pertama ialah Puteri Ubolratana Rajakanya diikuti oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn,Puteri Maha Chakri Siridhorn dan Puteri Chulaborn Walailak.

Pada 9.6.2006,satu peristiwa bersejarah telah dilakar di Thailand apabila rajanya telah genap 60 tahun berada diatas takhta kerajaan Thailand.Bagi meraikan detik bersejarah itu pelbagai acara keagamaan dan hiburan telah diadakan.Pada 13.6.2006 satu upacara makan malam negara telah diadakan di Grand Palace,Bangkok.

dekat bawah ni ada a few gambar pada majlis makan malam itu

.......


....


Emir Qatar,Syeikh Hamad dan Syeikha Mozah

Maharaja Jepun,Maharaja Akihito dan Maharani Michiko

Sultan Brunei,Sultan Hasssanal Bolkiah dan Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha

Raja Kemboja,King Norodom Sihamoni

Raja Jordan,King Abdullah

Yang Dipertuan Agong Malaysia,Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah

Raja Monaco,Prince Albert

Raja Swaziland,King Mswati III dan Permaisuri

Raja Sweden,King XVI Carl Gustaf dan Queen Silvia

Puteri Lalla Salma dari Morocco

Queen Sophia dari Sepanyol

Majlis Makan Malam

Sunday, November 22, 2009

pertabalan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Pada 26.10.2009 yang lalu telah berlangsung satu istiadat yang bersejarah di satu satunya negeri yang mengamalkan adat perpatih di Malaysia.Pada hari yang gemilam=ng tersebut telah berlangsungnya istiadat pertabalan DYMM Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke 11,Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Sebelum berlangsungnya istiadat tersebut ,beberapa istiadat diraja yang lain telah diadakan iaitu istiadat perlantikan dan penganugerahan gelaran pusaka Tunku Besar Seri Menanti,istiadat pertabalan Tuanku Ampuan Besar,pemasangan alat alat kebesaran negeri,istiadat bersiram dan istiadat pertabalan Tuanku Muhriz merupakan istiadat kemuncak

ISTIADAT BERSIRAM


baginda mencelupkan tangan kedalam bekas cepu bedak limau



baginda berdua diarak diatas tahta rencana setelah selesai istiadat bersiram di Panca Persada


ISTIADAT PERTABALAN



barisan tetamu diraja yang hadir,dari kanan DYTM Raja Muda Perak,DYTM Raja Puan Besar Perak,YTM Raja Muda Selangor,Tunku Bendahara Kedah dan Cik Puan Bendahara Kedah



dari kanan Tengku Puan Pahang,Tengku Mahkota Pahang,Pemangku Sultan Kelantan,Pengiran Anak Sarah dan Putera Mahkota Brunei
....

...

gambar semasa istiadat pertabalan berlangsung






ISTIADAT SANTAPAN MALAM DIRAJA


Tuanku Muhriz menyambut keberangkatan tiba Sultan Brunei,Pengiran Isteri Hajah Saleha dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar
......


.....


sekitar istiadat santapan









Friday, November 20, 2009

Kenali DYMM Tengku Anis


adoiiii lama giler rasanya HUNKZ tak update blog ny....bukan apa cpu komputer buat hal cket tmbah tambah lagi spm tengah jalan ny....

well kali nie HUNKZ nak bercerita cket tenteng permaisuri kesayangan rakyat kelate,tak lain tak bukan DYMM Tengku Anis bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.baginda merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah binti Tengku Muhammad Hamzah.baginda tuanku telah diputerikan pada tahun 1949 di kediaman nendanya di Palm Manor.

bersama dengan Sultanah Pahang,Sultanah Kalsom ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota Brunei

baginda memulakan pedidikan di Sekolah Inggeris Raja Perempuan Zainab dengan mendapat kelulusan Senior Cambridge.baginda telah melangsungkan pernikahan dengan Tengku Ismail Petra semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan(kini Sultan Ismail Petra) pada 4.12.1968 di Istana Kota Lama.hasil perkahwinan tersebut baginda telah dianugerahi dengan 3 putera dan seorang puteri iaitu YTM Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra, YAM Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra,YAM Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri.

bersama Permaisuri Raja Raja Melayu,Permaisuri Brunei dan isteri Tengku Tengku Mahkota pada Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Perak Sultan Azlan Shah

pada 1.1.1969 Almarhum Tuanku Yahya Petra,sultan Kelantan ketika itu telah berkenan menganugerahkan baginda dengan gelaran 'YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan' bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai isteri Tengku Mahkota Kelantan.

Sultan dan Raja Perempuan Kelantan pada pertunjukan udara 'LIMA'

DYMM baginda Tengku Anis telah dimahkotakan sebagai Raja Perempuan Kelantan pada 29.3.1979 serentak dengan KDYMM Sultan Ismail Petra diisytiharkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
dekat bawah ni gambar gambar Tuanku yang sentiasa murah dengan senyuman.......




Monday, November 09, 2009

Fakhry menang,Manohara bayar......

Tengku Temenggong Kelantan or lbih dikenali as Tengku TT telah memenangi kes saman fitnahnya yang dikemukakan kepada isterinya "Cik Puan Temenggung" Maanohara Odelia Pinot yang berjumlah RM 105 juta.Tengku TT berjaya dalam tuntutannya apabila pihak Manohara n her mom,Daisy Fajarina gagal melantik peguam baru unruk mewakili mereka selepas firma guaman terdahulu menarik diri dari mewakili mereka


Kes saman menyaman ni bermula when Manohara mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah didera oleh suaminya dan bonda mertuanya,Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis.Manohara mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri daripada "penyeksaan" tersebut ketika berada di Singapura ketika KDYMM Sultan Ismail Petra menerima rawatan di sana setelah gering for almost one month.Dari Singapura Manohara melarikan diri ke Jakarta dan setibanya di sana beliau terus buat pc tentang kes penderaannya. Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa telah menerima penderaan seksual daripada suaminya.
sewaktu mengiringi DYMM Raja Perempuan ke Pesta Flora Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Pengkalan Chepa

Initially Tengku TT just take for granted ttg kenyataan yg Manohara keluarkan,tapi apabila kenyataan itu sudah keterlaluan beliau telah mengambil tindakan untuk menyaman Manohara dan ibunya,Daisy Fajarina.

Tujuan HUNKZ tulis blog kali ny bukan berniat untuk menjatuhkan maruah kerabat Diraja Kelantan atau nak memburukkan nama mana mana pihak,tapi as a Kelantanese i just hope that their marriage will everlasting but after the "controversy"..........eeeehhhhmmmm I just sad and pity with what had happend to both of them.
Yang Mulia Cik Puan Temenggung Kelantan
Manohara Odelia Pinot