Friday, June 17, 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi dianugerah "Tun"


Putera Mahkota Abu Dhabi HH Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang dalam rangka lawatannya ke Malaysia telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (Kehormat)...


Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) ini merupakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama bagi Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.Diikuti dengan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN),Johan Mangku Negara (JMN),Kesatria Mangku Negara (KMN),Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN).
Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Yang Dipertuan Agong menganugerahkan Darjah SMN kepada HH Putera Mahkota

Penyandang Darjah ini mendapat gelaran Tun dan jika ia seorang lelaki, isterinya akan bergelar Toh Puan. Had bilangan Darjah ini ialah 25 orang sahaja dan ini tidak termasuk kepada tetamu luar negara yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

Sebelum Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN) diwujudkan,Darjah SMN adalah penghormatan yang dikurniakan kepada Raja Permaisuri Agong dan Raja Raja Melayu yang baru dimasyurkan.

Almarhumah Seri Paduka Bginda Raja Permaisuri Agong Pertama.Tuanku Khursiah memakai Darjah SMN
Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Muhammad memakai  Darjah SMN