Thursday, June 16, 2011

Raja Terkaya Didunia -Bahagian 2-

hello bloggers and visitors....
sekarang HUNKZ tak mau cakap banyak dan jom kita straight to the point...

..9TH..

Raja negara terkecil didunia iaitu HM Prince Albert II dari Monaco menduduki tangga kesembilan sebagai raja yang terkaya didunia dengan nilai kekayaannya sebanyak $1b..
Baru baru ini baginda mengumumkan bahawa negara Monaco bakal mempunyai seorang permaisuri...
Baginda bakal mengahwini tunangannya iaitu Charlene Wittstock..
Prince Albert dan Charlene Wittstock
Permaisuri terakhir negara Monaco sehongga hari ini adalah HM Grace Kelly..
Grace Kelly merupakan isteri kepada mendiang ayahanda Prince Albert iaitu HM Prince Rainier III dan merupakan seorang bintang terkenal Hollywood...
HM Prince Rainier III dan HM Grace Kelly
Grace Kelly juga terkenal dengan kejelitaanya yang telah berjaya menambat hati seorang raja...
Beliau meninggal dalam satu kecelakaan jalan raya pada 13 September 1982..
Selepas kematiaan Grace Kelly,Prince Rainier kekal manduda sehingga kematiannya pada 6 April 2005..

..10TH..

HH Putera Karim Al Hussaini merupakan raja kesepuloh terkaya didunia dengan aset bernilai $800m..
Baginda merupakan Aga Khan yang keempat..
Aga Khan merupakan gelaran kepada ketua kepada pengikut puak Ismailli...
Ismailli adalah salah satu daripada pecahan fahaman Syiah..

..11TH..

HM Sultan Qaboos b Said iaitu Raja Negara Oman berada ditempat kesebelas dengan kekayaan sebanyak $700m..

..12TH..

Ratu England,HM Queen Elizabeth II merupakan pemerintah yang kedua belas terkaya didunia dengan aset sebanyak $500m..
Baginda Ratu menjadi pemerintah England yang kedua paling lama memerintah selepas HM Queen Victoria..
Baginda menaiki takhta kerajaan England pada 6 Februari 1952..
Boleh baca post HUNKZ yang ini "Second Longest Serving Monarch of Great Britain"
Pada tahun ini baginda sudah 59 tahun berada di atas takhta kerajaan dan jika baginda masih memerintah sehingga 10 September 2015,baginda akan menjadi pemerintah England yang paling lama memerintah dan secara tidak langsung memecah rekod Queen Victoria yang memerintah England selama 63 tahun..

Keluarga HM Queen Elizabeth..
Berdiri dari kiri : Prince Charles,Queen Elizabeth the Queen Mother,Princess Margaret,Prince Phillip,King George  VI,Queen Elizabeth..
Berada dalam kereta bayi itu adalah puteri tunggal Queen Elizabeth,Princess Anne.

..13TH..

Emir Kuwait,HH Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah merupakan pemerintah negara Arab yang keenam menjadi antara pemerintah yang terkaya didunia dengan nilai kekayaannya sebanyak $350m..

..14TH..

Ratu Netherlands,HM Queen Beatrix menduduki tangga keempat belas sebagai pemerintah terkaya didunia dan ratu pemerintah kedua terkaya selepas Ratu Elizabeth dari England..
Ratu Beatrix menaiki takhta kerajaan Netherlands pada 30 April 1980 selepas bondanya,HM Queen Juliana memutuskan untuk melepaskan takhta kerajaan..
Queen Juliana merupakan ratu pemerintah Netherlands..

HM Queen Juliana of Netherlands..
Ratu Beatrix dan Putera Mahkota Netherlands,HH Prince William Alexander
..15TH..

Raja negara Swaziland iaitu salah sebuah negara Afrika,HM King Mswati III menjadi raja kelima belas terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak $180m..
baginda terkenal dengan bilangan isterinya yang ramai iaitu seramai 14 orang kesemuanya..
baginda akan menghadiri majlis "Reed Dance" iaitu satu majlis tari menari tradisional dimana wanita di Swaziland yang behasrat menjadi isteri baginda akan hadir dan menari...dan baginda akan memilih mana yang baginda inginkan..

Berpakaian tradisional Swaziland sawaktu menghadiri "Reed Dance"
Bersama salah seorang isteri baginda ketika menghadiri majlis santapan malam di Thailand sewaktu sambutan ulang tahun pemerintahan Raja Thailand ke-60..Turut kelihatan adalah Putera Mahkota Thailand,HH Putera Maha Vajiralongkorn dan HH Puteri Maha Chakri Sirindhorn

.........................................

p/s : sampai yang ke-15 semua negara asing..mana MALAYSIA ??????
new post lagi..!!