Tuesday, January 31, 2012

Hermes para Puteri : YM Puteri Suraiya Afzan


Assalamualaikum w.b.t...
Pada 30 November 2011 yang lalu, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan pembukaan butik Ermenegildo Zegna yang bertempat di Suria KLCC..
Ramai tetamu diraja dan kenamaan serta tokoh koperat yang turut serta dalam majlis tersebut..

Antara tetamu tersebut ialah cucunda kepada Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang, iaitu YM Puteri Suraiya Afzan. YM Puteri merupakan puteri kepada Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang iaitu YAM Tengku Dato' Seri Nong Fatimah binti DYMM Sultan Haji Ahmad Shah.

Pada majlis perasmian tersebut YM Puteri tampil ringkas namun kelihatan anggun mengenakan beg tangan serta gelang tangan dari jenama Hermes. 
Beg Hermes Kelly menjadi pilihannya






Thursday, January 26, 2012

Hermes para Puteri : YAM Tunku Aminah Sultan Ibrahim ~ii~


Assalamualaikum w.b.t..
Dalam entry kali ini personaliti diraja yang menggayakan beg jenama mewah Hermes adalah individu yang sama iaitu puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Aminah..
Seperti dalam entry HUNKZ yang pertama mengenai YAM Tunku, kali ini baginda masih lagi menggayakan beg tangan Hermes Birkin.





Raja Permaisuri Agong terima Darjah DMN


Assalamualaikum w.b.t.. 


Pada 26 Januari 2012, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah bt Haji Hamidon telah berkenan menerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) dalam satu istiadat ringkas yang dijalankan di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara.
YAB Perdana Menteri telah menyampaikan darjah tersebut kepada Tuanku Haminah mewakili kerajaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim turut berangkat ke istiadat tersebut manakala Dato Seri Najib ditemani isteri.

Sumber : Bernama
Darjah Utama Seri Mahkota Negara
DMN
Para pengunjung boleh klik Darjah DMN untuk membaca entry HUNKZ yang berkaitan dengan Darjah ini untuk mengetahui siapa yang menerima darjah ini dan sejarah ringkas darjah ini.



Wednesday, January 25, 2012

Pewaris Takhta : Perak Darul Ridzuan


Assalamualaikum w.b.t..
Berbeza dengan negeri negeri lain di Tanah Melayu, setiap bakal pewaris takhta negeri Perak Darul Ridzuan ini, biasanya mereka akan memegang beberapa gelaran pusaka yang lain sebelum dimasyur sebagai pewaris takhta diraja Perak bergelar Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
Gelaran gelaran pusaka tersebut adalah Raja Kechil Bongsu, Raja Kecil Tengah, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Besar, Raja Dihilir dan barulah Raja Muda Perak.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Raja Nazrin Shah ibni DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah
DK, DK II (Selangor), DKA, DKSA, SPMP (Perlis), SPCM, SPTS, Ph.D (Harvard)
Pada hari ini, jawatan DYTM Raja Muda Perak disandang oleh putera kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun iaitu Raja Nazrin Shah ibni DYMM Sultan Azlan Shah.
Diputerakan di bumi kelahiran bondanya di Pulau Pinang pada 27 November 1956, DYTM Raja Nazrin merupakan anakanda sulong kepada DYMM Sultan Azlan Shah dan DYMM Tuanku Bainun.
Baginda mempunyai 4 orang adik beradik yang lain iaitu YAM Raja Dato' Seri Azureen, YTM Raja Kechil Sulong Perak Raja Dato' Seri Ashman, YAM Raja Dato' Seri Eleena dan YAM Raja Dato' Seri Yong Sofia.
DYTM Raja Nazrin telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Perak menggantikan ayahandanya yang dimasyurkan sebagai Sultan Perak yang baru pada 15 April 1984 bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Atas kiri ke kanan : DYTM Raja Nazrin Shah, YAM Raja Dato' Seri Azureen
Bawah kiri ke kanan : YTM Raja Ashman Shah, YAM Raja Dato' Seri Eleena, YAM Raja Dato Seri Yong Sofia
Baginda terkenal sebagai seorang putera yang mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat. Jadi, tidak hairanlah apabila baginda sering diundang untuk menyampaikan ucaptama yang menyentuh hal hal politik dunia, agama Islam, hubungan etnik dan perkembangan ekonomi semasa dalam mana mana persidangan yang diadakan.
Baginda menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford. Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Kennedy School, Harvad dan akhir sekali baginda berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Harvard.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
Tuanku Zara Salim
DKA, DKSA
Dengan izin Illahi, DYTM telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya iaitu Cik Zara binti Salim Davidson yang juga merupakan cicit kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan Kedah ke 24.
Istiadat Akad Nikah baginda telah diadakan pada 17 Mei 2007 di Balai Istiadat Istana Iskandariah kemudian diikuti dengan Istiadat Pemasyuran Cik Zara Salim sebagai Raja Puan Besar Perak bergelar DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim di Dewan Istiadat Istana Iskandariah. Pada Istiadat tersebut, Tuanku Zara turut dianugerah dengan Darjah DKSA iaitu darjah kebesaran tertinggi yang hanya dikurniakan kepada kerabat diraja Perak. Istiadat Persandingan Mempelai Diraja telah diadakan pada malam 19 Mei 2007 bertempat di Balairong Seri Istana Iskandariah.

Istiadat Persandingan baginda berdua di Istana Iskandariah
Pasangan diraja ini telah dikurniakan dengan seorang putera pada 14 Mac 2008 dan dinamakan sebagai YAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni DYTM Raja Nazrin Shah.

YAM Raja Azlan Mudzafar Shah bersama bonda saudaranya, YAM Raja Dato' Seri Azureen
YAM Raja Azlan bersama ayahandanya
...................................................

DYTM Raja Nazrin Shah ibni DYMM Sultan Azlan Shah
Kejelitaan DYTM Tuanku Zara Salim
DYTM Raja Nazrin dan DYTM Tuanku Zara bersama kerabat diraja ketika Sambutan Keputeraan Sultan Azlan Shah.
Duduk dari kanan : DYTM Raja Nazrin, DYTM Tuanku Zara, DYAM Raja Dihilir Perak Raja Dato' Seri Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa, DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Dato' Seri Nor Mahani bt Raja Shahar Shah, YTM Raja Kecil Besar Perak Raja Dato' Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan isteri YTM Tunku Dato' Seri Soraya bt Sultan Abdul Halim, YTM Raja Kechil Sulong Perak Raja Dato' Seri Ashman ibni Sultan Azlan Shah dan isteri YBhg Dato Seri Norainie Jane bt Tan Sri Kamarul Ariffin

Tuesday, January 24, 2012

Hermes para Puteri : YAM Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah bt Almarhum Sultan Iskandar

Assalamualaikum w.b.t..
Sewaktu menghadiri Majlis Jamuan Sempena Keputeraan Sultan Johor pada tahun 2010, kekanda Sultan Ibrahim Ismail iaitu YAM Tunku Puteri Kamariah turut hadir bersama para kerabat diraja yang lain bagi memeriahkan majlis.

YAM Tunku Putri tampak mewah dalam gayanya apabila mengenakan beg tangan Hermes Birkin sedondon dengan pakaian YAM Tunku Putri.




Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)


Assalamualaikum w.b.t....
Dalam entry "Darjah Tertinggi Negara dan Negeri" HUNKZ berkongsi tentang senarai darjah darjah kebesaran tertinggi dalam Malaysia dan negeri negeri beraja yang lain. Dalam entry kali ini HUNKZ ingin berkongsi tentang Darjah Kebesaran tertinggi dalam negara jiran kita iaitu Negara Brunei Darussalam.
Darjah tertinggi tersebut digelar "Darjah Kerabat Mahkota Brunei" atau singkatannya DKMB.

Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
Darjah ini telah dizahirkan oleh Sultan Brunei iaitu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada 15 Ogos 1982. Darjah Kebesaran ini telah dizahirkan bagi menggantikan Darjah DKMB yang lama.

Darjah DKMB yang lama


Darjah ini mempunyai Selempang bewarna kuning diraja yang diperbuat daripada kain sutera. Selain selempang darjah ini juga mempunyai seutas kalung darjah beserta lencana serta sebiji bintang darjah.

Selempang serta lencana darjah.
Lencana darjah ini boleh diletakkan bersama kalung atau selenpang.

Kalung serta lencana Darjah DKMB

Selempang serta bintang Darjah DKMB

Darjah DKMB ini hanya dikurniakan kepada Kerabat Diraja Brunei dan Ketua Negara Asing.
Raja Raja Melayu turut dikurniakan dengan Darjah DKMB ini.

KDYMM Sultan Brunei dan KDYMM Paduka Seri Raja Isteri Anak Hajah Saleha memakai selempang serta bintang Darjah DKMB ketika menghadiri Istiadat Santapan Malam Sempena Keputeraan Sultan Brunei
DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar (bercerai 2010) juga turut memakai selempang serta bintang Darjah DKMB
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah memakai kalung darjah bersama lencana darjah serta bintang Darjah DKMB
Kesemua putera serta puteri Sultan Brunei termasuk kedua permaisuri baginda memakai Darjah DKMB kecuali dua orang menantu baginda iaitu YAM Pengiran Anak Dato' Laila Utama Hj Abdul Rahim (berdiri kiri sekali) dan DYTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah (duduk tiga dari kiri). Mereka berdua memakai Darjah Kerabat Laila Utama.
Dua orang puteri Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah (kanan sekali) dan YTM Padula Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah (tengah) memakai Darjah DKMB semasa menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah. Turut kelihatan ialah Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Dato Seri Intan Safinaz binti KDYMM Sultan Abdul Halim. 
HM Ratu Elizabeth II merupakan salah seorang Ketua Negara Asing yang dikurniakan dengan Darjah DKMB. Baginda dikurniakan DKMB pada tahun 1992 sewaktu mengadakan lawatan rasmi ke Brunei.
Almarhum Tuanku Jaafar memakai bintang Darjah DKMB.
KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah memakai bintang Darjah DKMB.  
Mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra memakai bintang Darjah DKMB.


Saturday, January 21, 2012

Pewaris Takhta : Johor Darul Takzim

Assalamualaikum w.b.t
Pewaris takhta yang bakal mewarisi takhta kerajaan Negeri Johor pada hari ini ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim Ismail dengan bergelar DYAM Tunku Mahkota Johor Darul Takzim..

DYAM Tunku Mahkota Johor Darul Takzim
Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim
DK, DK II, SPMJ, PIS
Diputerakan pada 30 Jun 1984 baginda merupakan putera sulong kepada DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofea serta merupakan cucunda sulong kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar. DYTM Tunku Ismail juga merupakan cucunda kepada Sultan Perak ke 33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin.
DYAM Tunku Ismail mempunyai 5 orang adinda iaitu 4 orang putera dan seorang puteri.

DYAM sewaktu kecil
Adinda adinda DYAM Tunku Ismail
Atas kiri ke kanan : YAM Tunku Aminah, YTM Tunku Temenggung Johor Tunku Idris
Bawah kiri ke kanan : YAM Tunku Abdul Jalil, YAM Tunku Abdul Rahman, YAM Tunku Abu Bakar
Keluarga Diraja Johor
Dalam satu bual bicara di TV3, DYMM Raja Zarith bertitah bahawa anakanda sulong baginda ni merupakan seorang yang amat pemalu termasuklah dengan guru serta rakan baginda. Baginda juga amat tegas dengan putera sulongnya ini. Hal ini menjadikan DYAM Tunku Ismail lebih rapat dengan ayahandanya ibarat menjadi rakan. DYAM juga merupakan cucunda kesayangan Almarhum Sultan Iskandar.

Bersama Almarhum nendanya, DYMM Sultan Iskandar
DYAM mendapat pendidikan awal di dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Seri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph Johor Bharu. Baginda mendapat pendidikan menengah di Australia Institute School di Singapura sebelum berangkat ke Australia untuk menyambung pendidikannya di Hale School di Perth.

Sewaktu berusia 19 tahun dengan berat badan melebihi 100kg dan mengalami masalah berat badan yang serius, baginda telah dititahkan oleh Almarhum nendanya agar dihantar ke IMA (India Military Academy) bagi meneruskan tradisi keluarga Diraja disamping memastikan masalah berat badannya boleh diatasi.
Akhirnya pada 9 Julai 2003 baginda berangkat ke Dehradun, India.
Baginda telah menempa sejarah sebagai orang asing pertama yang mengetuai perbarisan berkuda sempena sambutan Hari Republik India pada tahun 2007.
Pada tahun yang sama juga baginda telah dilantik sebagai Kapten di "61 Calvary"..

Pada 30 Jun 2005, sewaktu Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Almarhum Sultan Iskandar telah mengumumkan bahawa DYAM Tunku Ismail dilantik sebagai pewaris takhta kedua Johor bergelar Raja Muda Johor. Pada 8 April 2006 DYTM Tunku Ismail telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Muda Johor dan dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Johor pangkat Kedua. Pengisytiharan tersebut dibuat sempena Hari Keputeraan Almarhum Sultan Iskandar.

Sewaktu Hari Pemayurannya sebagai Raja Muda Johor
Selepas kemangkatan Almarhum nendanya pada 22 Januari 2010, ayahandanya DYAM Tunku Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ketika itu, telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru. Kekosongan jawatan Tunku Mahkota Johor telah diisi oleh DYAM Tunku Ismail dan baginda telah dimasyur menjadi Tunku Mahkota Johor yang baru pada 26 Januari 2010

Di samping sibuk dengan urusan pentadbiran negeri, suka polo berkuda merupan sukan yang amat diminati oleh baginda. Minat dalam sukan ini mula berputik sewaktu kecil lagi dan ketika baginda menuntut di IMA.

Menjulang juara sewaktu pertandingan polo di Dehdarun India

Hermes para Puteri : YAM Tunku Aminah Sultan Ibrahim

Assalamualaikum w.b.t...
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada kaum Cina...
May There Be Many Happy Returns to All of You In The Year of The Dragon...

Dalam post kali nie HUNKZ hanya ingin berkongsi gambar puteri tunggal Sultan Johor bersama her superbly great Hermes Birkin Crocodile....





Pewaris Takhta : Kedah Darul Aman

Assalamualaikum w.b.t..
Ramai mungkin beranggapan bahawa negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman tidak mempunyai pewaris kepada takhta pemerintahan negeri Kedah. Jika benar tanggapan tersebut wujud, maka ianya adalah tidak benar..
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan pewaris takhta Negeri Kedah dengan bergelar DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman..

DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman
Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah
DK, DKH, DK (Terengganu), DK II (Selangor), DA (Sarawak), SPMK,SPCM, SPMJ, PSB
Baginda telah dilahirkan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit dan merupakan putera kedua kepada DYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan YMM Tunku Sofiah binti Almarhum Tunku Mahmud.

DYTM Tunku Abdul Malik sewaktu kecil (tiga dari kanan) bergambar bersama keluarga.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelom menyambung ke pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid. Baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pengajiannya di Wadham College di Oxford.

Pada 23 Februari 1959 kekanda baginda iaitu DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah memasyurkan DYTM Tunku Abdul Malik sebagai YTM Tunku Bendahara Kedah. Sepanjang bergelar YTM Tunku Bendahara Kedah baginda pernah menjadi Pemangku Sultan Kedah ketika DYMM Sultan Abdul Halim menjawat jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke 5 iaitu pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.
Memandangkan kekanda baginda tidak dikurniakan putera untuk ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah, DYTM Tunku Abdul Malik telah mengisi kekosongan tersebut pada 28 November 1981 apabila DYMM Sultan Abdul Halim berkenan melantik baginda sebagai pewarisnya.

Baginda telah mendirikan rumah tangga dengan puteri sulong Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Yang di-Pertuan Agong ke 2) iaitu YAM Tengku Raudzah binti Almarhum Sultan Hishamuddin pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar.
YAM Tengku Raudzah telah dimasyurkan sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah serentak dengan perlantikan DYTM Tunku Abdul Malik.

DYTM Raja Puan Muda Kedah
Tengku Raudzah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
DKH, SPMK, SSDK
Di atas sebab sebab kesihatan baginda dan DYTM Tengku Raudzah amat jarang kelihatan di khalayak umum. Di atas sebab ini juga, DYTM Tunku Abdul Malik tidak dilantik menjadi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Tuesday, January 17, 2012

Kalung Raja Permaisuri Agong

Assalamualaikum w.b.t...
Setelah kerajaan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, YTM Perdana Menteri yang pertama telah mencadangkan agar diwujudkan satu sistem penggiliran bagi tampuk pemerintahan Ketua Negara Tanah Melayu. Dari situlah diwujudkan sistem Yang di-Pertuan Agong..
Seiring dengan wujudnya sistem tersebut, beberapa buah alat kebesaran diraja telah diwujudkan bagi melambangkan kebesaran Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong..
Dalam entry ini, HUNKZ akan berkongsi tentang keunikan alat kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dari yang pertama sehingga yang ke 13..

KALUNG DIRAJA

Sepanjang 55 tahun sistem Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebanyak 14 orang Raja Permaisuri Agong telah bertakhta di atas takhta kerajaan Malaysia..
Sepanjang tempoh itu juga dua buah Kalung Diraja yang menjadi alat kebesaran Raja Permaisuri Agong telah diwujudkan.
Kalung Diraja yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 untuk dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tanah Melayu yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin semasa pertabalan baginda.
Kalung yang diperbuat daripada emas putih dengan bertatahkan berlian itu juga telah dipakai oleh Raja Permaisuri yang pertama sehingga yang ke 8..

Kalung Diraja yang pertama

Atas kiri : Raja Permaisuri Agong Pertama, Almarhumah Tuanku Khursiah bt Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Atas kanan : Raja Permaisuri Agong ke 2, Almarhumah Tuanku Raja Jemaah bt Almarhum Raja Ahmad
Bawah kiri : Raja Permaisuri Agong ke 3, Almarhumah Tuanku Budriah Bt Almarhum Tengku Ismail
Bawah kanan : Raja Permaisuri Agong ke 4, YMM Tuanku Intan Zaharah bt Almarhum Tengku Omar (Tengku Ampuan Tua Terengganu)

Atas kiri : Raja Permaisuri Agong ke 5, Almarhumah Tuanku Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Atas kanan : Raja Permaisuri Agong ke 6, Almarhumah Tuanku Zainab bt Almarhum Tengku Muhammad Petra
Bawah kiri : Raja Permaisuri Agong ke 7, Almarhumah Tuanku Afzan bt Almarhum Tengku Muhammad Perang
Bawah kanan : Raja Permaisuri Agong ke 8,YMM Tunku Puan Zanariah bt Almarhum Tengku Ahmad

Semasa bersemayamnya Raja Permaisuri Agong yang ke 9 iaitu DYMM Tuanku Bainun (Raja Permaisuri Perak) Kalung Diraja yang pertama tadi sudah tidak diguna lagi dan digantikan dengan Kalung Diraja yang baru.

Kalung Diraja yang diwujudkan bagi menggantikan yang lama
Berbeza dengan yang lama, Kalung Diraja yang baru ini boleh diceraikan menjadi kerongsang, anting anting dan kerabu. Kalung ini juga diperbuat daripada emas putih dan berlian dan mempunyai rekaan bercorak tiga kuntum bunga yang berangkaian. Bahagian bunga inilah yang boleh diceraikan.

Kiri : Kalung yang diceraikan dan dijadikan kerongsang
Kanan : Kalung yang diceraikan dan dijadikan anting anting
(Sumber : Laman Web Istana Negara)

Gambar rasmi DYMM Tuanku Bainun sebagai Raja Permaisuri Agong ke 9.
Baginda mengenakan Kalung Diraja tersebut dengan menceraikan sebahagiannya sebagai anting anting.

Gambar rasmi YMM Tuanku Ampuan Najihah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 10.
Kalung Diraja tersebut diceraikan menjadi kerongsang dan "stomacher"

Gambar rasmi YAM Permaisuri Siti Aishah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 11
Baginda tidak memakai Kalung Diraja, sebaliknya menceraikannya dan dijadikan "stomacher"

Gambar rasmi DYMM Tuanku Fauziah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 12
Baginda menceraikan Kalung Diraja tersebut dengan menjadikannya anting anting dan sebahagian lagi  kekal sebagai kalung.
Daripada tiga kuntum bunga menjadi dua kuntum sahaja

Gambar rasmi KDYMM Sultanah Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 13.
Baginda menceraikan Kalung Diraja itu kepada dua iaitu sebagai kalung dan kerongsang
.......................................

Semasa berangkat menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota Brunei, DYMM Tuanku Fauziah (ketika itu sebagai Raja Permaisuri Agong). Baginda tidak memakai Kalung Diraja tetapi memakai sebahagian daripada kalung tersebut yang dijadikan kerongsang yang disematkan pada Darjah DMN baginda. Kalung yang sedang dipakai oleh baginda itu merupakan Kalung Raja Perempuan Perlis yang merupakan sebahagian alat kebesaran diraja Perlis.
Salah satu potret DYMM Tuanku Fauziah sedang memakai Kalung Diraja.
Baginda menceraikan kalung tersebut kepada dua biji kerongsang dan sepasang anting anting
(Sumber : Jabatan Penerangan Negara)
KDYMM Sultanah Nur Zahirah (ketika itu sebagai Raja Permaisuri Agong) memakai Kalung Diraja tanpa menceraikannya ketika berangkat menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 13
Gambar lain YAM Permaisuri Siti Aishah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 11.
Baginda tidak mengenakan Kalung Diraja tetapi menceraikannya dan dipakai sebagai kerongsang
Gambar lain YMM Tuanku Najihah memakai Kalung Diraja tanpa diceraikan..
(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)