Wednesday, January 11, 2012

Kekanda KDYMM Sultan Pahang mangkat


Assaalamualaikum w.b.t....
Kekanda kandung KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Almarhum Sultan Abu Bakar telah mangkat pada jam 5.30 pagi 12 Januari 2012.


YAM Tengku Ainon Jamil telah diputerikan pada 3 Jun 1927 merupakan kekanda sulong kepada KDYMM Sultan Pahang..Ayahanda YAM ialah KDYMM Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Abdullah manakala bonda YAM ialah DYMM Tengku Ampuan Besar Raja Hajjah Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar Shah..

Almarhum Ayahanda dan Almarhumah Bonda YAM 
Almarhumah YAM Tengku Ainon Jamil pernah bertakhta sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu dari tahun 1939 hingga 1942 semasa era pemerintahan DYMM Almarhum Sultan Ali.
Selepas berpisah dengan DYMM Almarhum Sultan Ali, Almarhumah telah berangkat menetap di Pahang dan telah dikurniakan dengan gelaran "YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang" oleh  adinda baginda KDYMM Sultan Ahmad Shah..

AL FATIHAH
SEMOGA ROH ALMARHUMAH DICUCURI RAHMAT ALLAH SWT