Monday, January 16, 2012

Selamat Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Abdul Halim

Assalamualaikum w.b.t..
15 Januari 2012 merupakan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman..
Pelbagai adat istiadat dan majlis telah diatur oleh kerajaan negeri bagi memuliakan majlis sambutan ini.
Apa yang berlainan kali ini adalah sambutan Hari Keputeraan baginda disambut tanpa kehadiran baginda kerana KDYMM Sultan dan Sultanah Kedah sekarang bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan diwakili oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan oleh adinda baginda iaitu YTM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Dato Seri Utama Anuar ibni Almarhum Sultan Badlishah


YTM Tunku Bendahara Kedah dan isteri YTM Cik Puan Bendahara, Toh Puan  Suzana
YTM Tunku Bendahara berkenan berangkat menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Kedah
......................................



MERAFAK SEMBAH 
SETINGGI TINGGI TAHNIAH
SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE 84

kepada

KDYMM AL-SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH  
DK, DKH, DKM, DMN, DUK, DK (Kelantan), DK (Pahang), DK (Selangor), DK (Perlis), DK (Negeri Sembilan), DK (Johor), DK (Terengganu), DK (Perak), DK (Brunei), DP (Sarawak), DUNM, SPMK, SSDK, DHMS, DGMK

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

dan 

KDYMM SULTANAH HAJAH HAMINAH BT HAJI HAMIDUN
DK, DMN, DKH

SULTANAH NEGERI KEDAH DARUL AMAN