Tuesday, February 14, 2012

Pewaris Takhta : Selangor Darul Ehsan


Assalamualaikum w.b.t
Seperti mana mana negeri beraja yang lain di Malaysia, negeri Selangor juga mempunyai pewaris takhtanya yang tersendiri. Jawatan yang diwarisi sejak berpuluh tahun ini kini disandang oleh putera kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj iaitu DYTM Tengku Amir Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan
Tengku Amir Shah ibni DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
SPMS, SSIS
Diputerakan pada 12 Disember 1990, DYTM Tengku Amir merupakan putera tunggal DYMM Sultan Selangor hasil daripada perkahwinan kedua baginda. DYMM Sultan Selangor telah menikahi bonda DYTM Tengku Amir  iaitu Che Puan Nur Lisa pada tahun 1988 dan kemudiannya pasangan ini bercerai 9 tahun kemudian. Che Puan Nur Lisa merupakan rakyat kelahiran Amerika Syarikat. Ini bermakna DYTM Tengku Amir berdarah kacukan Malaysia-Amerika. DYTM Tengku Amir mempunyai dua orang kekanda hasil perkahwinan pertama Sultan Sharafuddin dengan YM Raja Zarina Raja Tan Sri Zanal Abidin iaitu YAM Tengku Zerafina  DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan YAM Tengku Zatasyah bt DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DYTM bersama ayahanda, bonda tirinya YM Raja Zarina dan kedua dua kekandanya iaitu YAM Tengku Zatasyah (kiri sekali) dan YAM Tengku Zerafina (kanan sekali)
DYTM Tengku Amir mendapat pendidikan di Alice Smith School di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke United Kingdom untuk meyambung pendidikannya di Wellington College pada tahun 2009.

DYTM Tengku Amir Shah (kiri sekali) ketika menghadiri Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 9 Mac 2003
Foto : Utusan Malaysia
Kira kira setahun sebelum Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor yang baru menggantikan Almarhum Sultan Salahuddin, DYTM Tengku Amir telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor yang baru iaitu pada 3 Mei 2002. Namun begitu, upacara pertabalan DYTM Tengku Amir sebagai Raja Muda Selangor akan diadakan selepas baginda mencecah usia 21 tahun.

Pada Sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor tahun 2005, DYTM Tengku Amir telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dan pada Sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor tahun 2010 baginda telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Dato Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS).
SPMS
Foto : Laman Web Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor
SSIS
Foto : Laman Web Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor
........................................

Gambar potret yang diambil selepas Istiadat Pertabalan DYMM Tengku Permaisuri Siti Aisyah sebagai DYMM Tengku Permaisuri Selangor pada tahun 1998
Dari kiri : DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (ketika bergelar Raja Muda Selangor), Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, YAM Permaisuri Siti Aisyah (ketika bergelar DYMM Tengku Permaisuri Selangor) , DYTM Tengku Amir Shah
DYTM Tengku Amir dan YM Raja Zarina ketika sambutan hari jadi Ku Yah (bonda saudara Tengku Amir)
Foto : Kee Hua Chee
Bonda DYTM Tengku Amir, Che Puan Lisa Abdullah
Bersama DYTM Raja Muda Perlis (tiga dari kiri) ketika menghadiri satu majlis santapan tengah hari di Perlis
Foto : Shukri Sharbina, pengiring DYMM Raja Perempuan Perlis
DYTM Tengku Amir menerima darjah SPMS pada tahun 2005
Sebahagian daripada Keluarga Diraja Selangor
Dari kanan : Aubry Rahim Mennesson (suami Tengku Zatasyah) YAM Tengku,Zatasyah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, DYTM Tengku Amir
Foto : Kee Hua Chee

3 comments:

  1. Bukan di Vivtoria Institution tapi di Alice Smith School.

    ReplyDelete
  2. Yup... I think so, Alice Smith School.. :)... Walaubagaimana pun well done, good job for your efforts & semangat kemelayuan. Congratulation... keep up your good work... :)

    ReplyDelete
  3. thankz...dah betolkan dah....

    ReplyDelete