Sunday, June 30, 2013

Dato' Radzuan Radziwill Menjadi Pilihan YAM Tengku Amalin Aishah Putri


Assalamualaikum w.b.t
Sempena Istiadat Persandingan dan Istiadat Santapan sempena perkahwinan baginda, YAM Tengku Amalin telah menerima khidmat pereka tersohor tanah air iaitu Dato' Radzuan Radziwill bagi menyiapkan dua persalinan sempena dua aturcara tersebut.

Persalinan yang bewarna hijau pucuk pisang ini dikenakan oleh YAM Tengku Amalin ketika Istiadat Persandingan baginda. Gaun mermais cut ini menyerlahkan keanggunan baginda.
Busana kedua bewarna turquoise ini dipakai oleh YAM Tengku Amalin untuk Istiadat Santapan Malam. Rekaan serta material yang digunakan untuk menyiapkannya menampakkan YAM Ku Malin sebagai seorang puteri di alam fantasi bersesuaian dengan tema pada malam itu
.......

Foto : Dato' Radzuan Radziwill 

Tuanku Nur Zahirah "Birkin"...VI


Assalamualaikum w.b.t
Baru baru ini satu majlis peragaan koleksi terbaru rekaan pereka terkenal tanah air, Dato' Radzuan Radziwill telah diadakan di Kuala Lumpur sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis ialah beberapa orang selebriti terkenal tanah air serta pelanggang tetap Dato' Radzuan
Selain itu, antara tetamu kenamaan yang hadir ialah KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Turut berangkat mengiringi baginda ialah puteri baginda, YAM Tengku Nadhirah Zahrah dan bonda baginda, YBhg Toh Puan Seri Hajah Nur Rahmah.

Dari kiri
YBhg Toh Puan Seri Hajah Nur Rahmah, KDYMM Sultanah Nur Zahirah, YAM Tengku Nadhirah Zahirah
Bonda tuanku juga tampil anggun dengan Birkan bag bewarna hitam
Seperti kebiasaannya, KDYMM Sultanah Nur Zahirah tampil anggun dan sederhana. Keanggunan baginda dalam berfesyen ditambah dengan beg tangan dari jenama Hermes iaitu "Birkin bag" yang bewarna putih






Saturday, June 29, 2013

YAM Tengku Amalin Aishah Putri Meneruskan Legasi YMM Raja Perempuan Tengku Anis


Assalamualaikum w.b.t

Pada malam Istiadat Persandingannya, YAM Tengku Amalin telah mengenakan tiara diraja yang pernah digunakan oleh YMM Raja Perempuan Tengku Anis sewaktu perkahwinan baginda bersama DYMM Sultan Ismail Petra pada tahun 1968


Foto : Warna Warni Diraja Kelate

YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Anis pada hari persandingan baginda bersama YTM Tengku Mahkota Tengku Ismail Petra 
Tiara bertatah penuh berlian ini merupakan koleksi peribadi milik YMM Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Pada bahagian tengah tiara ini terdapat lambang negeri Kelantan manakala pada bahagian kanan dan kirinya diterapkan unsur unsur rekaaan berbunga awan larat. Tiara ini merupakan tiara kebesaran Almarhumah Raja Perempuan Zainab II dan baginda sentiasa memakai tiara ini apabila menghadiri istiadat diraja.

Potret Almarhumah YMM Raja Perempuan Zainab II mengenakan tiara ini


Setelah menantu baginda iaitu YTM Tengku Ampuan Mahkota Tengku Anis menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan bergelar DYMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis, tiara ini diwariskan kepada baginda. Tiara ini diletakkan di jemala DYMM Tengku Anis pada Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Ismail Petra pada tahun 1980.

DYMM Raja Perempuan Tengku Anis selepas Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan
Baginda memakai tiara ini pada Istiadat Mengarak Panji Panji sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Ismail pada tahun 1989
Baginda memakai tiara yang sama semasa mencemar duli menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah
Selain dari tiara ini, baginda juga mempunyai satu lagi tiara yang direka khusus untuk baginda. Baginda lebih kerap mengenakan tiara yang direka khusus untuk baginda ini berbanding tiara milik Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Bahkan hampir kesemua potret YMM Raja Perempuan Tengku Anis sepanjang bergelar DYMM Raja Perempuan Kelantan, baginda mengenakan tiara tersebut.
Dibawah ini merupakan antara koleksi foto YMM Raja Perempuan Tengku Anis mengenakan tiara yang direka khusus untuk baginda.

Pada Istiadat Santapan Malam sempena lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong IX Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun ke Kelantan
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar ini diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika baginda dan DYMM Sultan Ismail Petra berangkat mengiringi keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong X Tuanku Jaafar dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah setelah menamatkan lawatan rasmi ke Kelantan
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Semasa berangkat ke Istiadat Santapan Malam sempena perkahwinan Putera Mahkota Brunei Al Mukhtadi Billah dengan PAIPA Sarah
Potret rasmi baginda sebagai DYMM Raja Perempuan Kelantan

Friday, June 28, 2013

Sekilas : Sekitar Istiadat Persandingan dan Istiadat Santapan Malam


Assalamualaikum w.b.t


Satu Istiadat Persandingan dan Istiadat Santapan Malam telah diadakan pada malam 28 Jun bagi meraikan mempelai diraja. Istiadat ini telah dilangsungkan di Dewan Jubli Perak Istana Negeri, Kubang Kerian. Warna biru dan konsep "fairytale" menjadi pilihan mempelai diraja pada malam itu

ISIADAT PERSANDINGAN DIRAJA

Keberangkatan masuk kedua mempelai diraja menuju ke pelamin



SUASANA DALAM DEWAN JUBLI PERAK ISTANA NEGERI

Potret YAM Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yam Ku Malin menghiasi pintu masuk utama Dewan Jubli Perak



Susunan dan hiasan meja santapan utama
HUNKZ kagum dengan kepanjangan meja santapan utama ini.
The longest I've ever seen
Meja santapan untuk para tetamu yang hadir

Dekorasi meja tetamu
Cenderamata untuk tetamu yang hadir
Cenderamata untuk tetamu yang hadir
 KEBERANGKATAN MEMPELAI DAN TETAMU DIRAJA KE ISTIADAT SANTAPAN

Keberangkatan masuk bonda YAM Tengku Amalin, YMM Raja Perempuan Tengku Anis
Keberangkatan DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah
Keberangkatan masuk bonda YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Hajah Zariah

Keberangkatan masuk mempelai diraja ke Dewan Jubli Perak untuk Istiadat Santapan
Keberangkatan masuk mempelai diraja ke Dewan Jubli Perak untuk Istiadat Santapan





Sekilas : Sekitar Istiadat Akad Nikah YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi


Assalamualaikum w.b.t

Dalam entry kali ini, HUNKZ ingin berkongsi sekitar  Istiadat Akad Nikah YAM Tengku Amalin dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi yang telah dijalankan dengan selamatnya di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Kad jemputan Istiadat Akad Nikah kedua mempelai diraja
YAM Tengku Amalin sebelum istiadat bermula
Putera diraja Brunei yang hadir sewaktu Istiadat Akad Nikah
Kedua mempelai berangkat memasuki khemah yang dibina diperkarangan Istana Mahkota selepas selesai Istiadat Akad Nikah
Mempelai diraja diatas pelamin
HUNKZ difahamkan konsep pada malam tersebut ialah "fairytale"

Meja santapan utama.
Turut kelihatan ialah YTM Tengku Makota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis
Susunan di meja santapan utama

Cenderamata untuk para jemputan
Binaan khemah diperkarangan Istana Mahkota


Sambutan Ketibaan Rombongan Diraja Brunei ke Kelantan


Assalamualaikum w.b.t

Pada 24 Jun yang lalu, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Boliah bersama isteri baginda, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah telah mengetuai para kerabat diraja Brunei berangkat ke Kelantan bagi menghadiri istiadat pernikahan dan persandingan putera kedua baginda, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi bersama puteri bongsu bekas Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis.

DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bersalaman sebelum berangkat meninggalkan Brunei
Foto : Infofoto Brunei

Foto : Infofoto Brunei
Foto : Infofoto Brunei
Setibanya rombongan diraja Brunei di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, YMM Raja Perempuan Tengku Anis mengetuai kerabat diraja Kelantan bagi menyambut serta mengalu alukan keberangkatan tiba rombongan diraja Brunei itu.

Rombongan diraja ini kemudiannya berangkat ke Hotel Renaissance Kota Bharu. Hotel ini menjadi penginapan rasmi rombongan diraja Brunei sepanjang empat hari mereka berada di Kelantan.

Persiapan yang dilakukan pihak Hotel Renaissance Kota Bharu bagi menyambut ketibaan rombongan diraja Brunei


Kenderaan membawa DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah tiba di Hotel Renaissance.
HUNKZ difahamkan bahawa kereta Bentley ini milik KDYMM Sultan Pahang


Kenderaan seterusnya ialah kenderaan yang membawa YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan YTM Pengiran Isteri Anak Hajah Zariah

 Ketibaan rombongan diraja ini di Hotel Renaissance disambut oleh YBM Tengku Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Tengku Muhammad Hamzah serta isteri baginda yang juga merupakan kekanda DYMM Sultan Ismail Petra, YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya

YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan mengalu alukan ketibaan DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan mengalu alukan keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Isteri Hajah Zariah


Keberangkatan masuk rombongan diraja ke dalam hotel penginapan
Keberangkatan masuk adinda YAM Pengiran Muda Abdul Qawi

Rombongan diraja Brunei masuk kedalam hotel penginapan
Setelah urusan "check in" selesai, YMM Tengku Anis bersama kerabat diraja Kelantan berangkat meninggalkan hotel

YBM Tengku Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Tengku Muhammad Hamzah mengiringi keberangkatan pulang YMM Tengku Anis

Pereka busana diraja, Dato Bernard Chandran bersama isteri Datin Mary Chandran turut menginap di hotel yang sama