Friday, June 28, 2013

Sambutan Ketibaan Rombongan Diraja Brunei ke Kelantan


Assalamualaikum w.b.t

Pada 24 Jun yang lalu, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Boliah bersama isteri baginda, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah telah mengetuai para kerabat diraja Brunei berangkat ke Kelantan bagi menghadiri istiadat pernikahan dan persandingan putera kedua baginda, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi bersama puteri bongsu bekas Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis.

DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bersalaman sebelum berangkat meninggalkan Brunei
Foto : Infofoto Brunei

Foto : Infofoto Brunei
Foto : Infofoto Brunei
Setibanya rombongan diraja Brunei di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, YMM Raja Perempuan Tengku Anis mengetuai kerabat diraja Kelantan bagi menyambut serta mengalu alukan keberangkatan tiba rombongan diraja Brunei itu.

Rombongan diraja ini kemudiannya berangkat ke Hotel Renaissance Kota Bharu. Hotel ini menjadi penginapan rasmi rombongan diraja Brunei sepanjang empat hari mereka berada di Kelantan.

Persiapan yang dilakukan pihak Hotel Renaissance Kota Bharu bagi menyambut ketibaan rombongan diraja Brunei


Kenderaan membawa DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah tiba di Hotel Renaissance.
HUNKZ difahamkan bahawa kereta Bentley ini milik KDYMM Sultan Pahang


Kenderaan seterusnya ialah kenderaan yang membawa YMM Raja Perempuan Tengku Anis dan YTM Pengiran Isteri Anak Hajah Zariah

 Ketibaan rombongan diraja ini di Hotel Renaissance disambut oleh YBM Tengku Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Tengku Muhammad Hamzah serta isteri baginda yang juga merupakan kekanda DYMM Sultan Ismail Petra, YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya

YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan mengalu alukan ketibaan DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

YBM Tengku Puan Seri Utama Raja Tengku Merjan mengalu alukan keberangkatan tiba YTM Pengiran Anak Isteri Hajah Zariah


Keberangkatan masuk rombongan diraja ke dalam hotel penginapan
Keberangkatan masuk adinda YAM Pengiran Muda Abdul Qawi

Rombongan diraja Brunei masuk kedalam hotel penginapan
Setelah urusan "check in" selesai, YMM Tengku Anis bersama kerabat diraja Kelantan berangkat meninggalkan hotel

YBM Tengku Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz ibni Almarhum Tengku Muhammad Hamzah mengiringi keberangkatan pulang YMM Tengku Anis

Pereka busana diraja, Dato Bernard Chandran bersama isteri Datin Mary Chandran turut menginap di hotel yang sama