Sunday, November 23, 2014

Undang Undang Pewarisan Takhta



Terdapat lebih 900 buah takhta kerajaan di dunia ini pada awal kurun ke-19 namun ianya menurun kepada 240 buah dalam abad ke-20. Dari jumlah tersebut, hanya 40 buah takhta yang masih kekal pada dekad ke lapan dalam abad ke-20. Hal ini berlaku kerana tersetusnya perang antara negara negara yang mana menyebabkan sistem beraja ini terhapus.

Sistem pewarisan takhta adalah satu proses yang penting dalam sesebuah negara beraja bagi memastikan kesinambungan pemerintahan tersebut. Oleh hal yang demikian, undang undang harus diwujudkan bagi memastikan kesinambungan itu berterusan dan berjalan lancar. Terdapat empat buah undang undang yang telah diwujudkan bagi memastikan kesinambungan pemerintahan sesebuah negara beraja, dan ianya dikenali sebagai "Laws of Succession".

  • Salic Law (Agnatic)
Salic Law menetapkaan bahawa hanya lelaki yang boleh mewarisi takhta kerajaan selepas kemangkatan pemerintah sebelumnya. Lelaki yang dmaksudkan ialah anakanda pertama lelaki dan sekiranya tiada anakanda lelaki, maka adinda lelaki pertama pemerintah akan menjadi pemerintah yang baru. Situasi ini turut berlaku di Kedah sebagai contohnya. KDYMM Sultan Kedah, Tuanku ABDUL Halim tidak mempunyai zuriat lelaki, maka adinda sulong baginda telah ditabalkan menjadi DYTM Raja Muda Kedah bagi menggantikan baginda. Antara negara yang mengamalkan undang undang ini adalah Malaysia, Bahrain, Brunei, Kemboja, Jepun Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, UAE dan Morocco.

Atas, bawah (kiri ke kanan)SPB YDPA Tuanku Abdul Halim, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah Brunei, HM King Norodom Sihamoni of Cambodia
Bekas Emir Qatar Sheikh Hamad, HM King Abdullah of Saudi, HM King Abdullah of Jordan
  • Semi Salic Law
Semi Salic Law menetapkan bahawa perempuan boleh mewarisi takhta kerajaan sekiranya ketiadaan pemerintah sebelumnya tidak mempunyai putera atau puteri yang sah taraf.atau layak. Situasi ini sedang berlaku di Monaco yang diperintah oleh His Serene Highness The Prince of Monaco, Prince Albert. Baginda mempunyai dua orang anak hasil dari hubungan sulitnya. Keduanya adalah tidak layak untuk menjadi pewaris takhta kerajaan Monaco. Situasi ini menyebabkan adinda perempuan HSH Prince Albert iaitu HRH Princess of Hanover, Princess Caroline, menjadi pewaris takhta yang pertama. Namun begitu, kedudukan pewaris takhta pertama bakal berubah apabila isteri Prince Albert, HSH Princess Charlene, melahirkan anakanda kembar mereka. Selain Monaco, Lichtenstein turut menggunakan undang undang yang sama. 

Kiri ke kanan
HSH Prince Albert of Monaco, HSH Prince Hans Adam of Lichtenstein 

Kiri ke kanan
HRH Princess Caroline Princess of Hanover, HSH The Princess of Monaco Princess Charlene
  • Male-Preference Cognatic Primogeniture
Undang undang ini menetapkan bahawa anakanda perempuan pemerintah boleh mewarisi takhta kerajaan sekiranya dia tidak mempunyai saudara lelaki. Sebagai contoh, selepas kemangkatan HM King George VI, anakanda perempuan baginda menggantikannya sebagai HM Queen Elizabeth II. Negara yang mengamalkan undang undang ini adalah UK, Sepanyol, Norway, Monaco, Tonga, Bhutan dan Thailand.

Atas, bawah (kiri ke kanan)
HM King Harald V of Norway, HM Queen Elizabeth II of UK, HM King Bhumbol of Thailand
HM King Jigme Khesar of Bhutan, HSH Prince Albert of Monaco, HM King Felipe VI of Spain
  • Cognatic (Absolute) Primogeniture
Undang undang ini menetapkan bahawa anakanda sulong pemerintah akan mewarisi takhta tanpa mengambil kira jantina anakanda tersebut. Sweden merupakan negara yang mengamalkan undang undang ini namun ianya hanya bermula pada tahun 1980. Sebelum itu, negara ini mengamalkan undang undang "Agnatic Primogeniture" iaitu hanya waris lelaki yang akan mewarisi takhta kerajaan sebagai pemerintah. Dengan perubahan undang undang ini, kedudukan His Royal Highness Prince Carl Phillip ,yang merupakan putera bongsu dan putera lelaki tunggal Raja dan Ratu Sweden, sebagai Putera Mahkota Sweden telah ditukar dengan menjadikan kekanda sulongnya, HRH Princess Victoria sebagai Crown Princess negara tersebut. Gambar dibawah menunjukkan anakanda Raja dan Ratu Sweden mengikut susunan kelahiran.

Atas, bawah (kiri ke kanan)
HM King Carl XVI Gustaf, HM Queen Silvia
HRH Crown Princess Victoria, HRH Princess Madeleine, HRH Prince Carl Phillip
Netherland, Luxembourg, Belgium dan Denmak turut menggunakan undang undang yang sama. Negara Norway juga dikatakan akan menggunakan undang undang ini untuk pemerintah yang akan datang. 

Atas, bawah (kiri ke kanan)
HM King Carl XVI Gustaf of Sweden, HM Queen Margrethe of Denmark, HM King Philippe of Belgium
HM King Willem Alaxender of Netherlands, HRH Grand Duke Henri of Luxembourg